Panduan Lively Yellow

Dari daftar sampai live pertama. Ikut turutan ni sekali, lepas tu setiap live cuma langkah 5 hingga 8.

1. Daftar dan buat kedai

1

Log masuk dengan emel

Buka halaman log masuk, masukkan emel dan kod 6 digit yang dihantar. Tiada kata laluan.
2

Namakan kedai

Nama ni muncul di atas video untuk pembeli. Boleh ditukar bila-bila di menu Kedai.

2. Sambung WooCommerce

Semua produk ditarik terus dari website anda: gambar, harga, saiz/warna dan stok. Order yang dibayar dalam live masuk semula ke WooCommerce.

1

Buat kunci REST dalam WordPress

wp-admin → WooCommerce → Settings → Advanced → REST API → Add key. Isi keterangan (contoh “Lively Yellow”), pilih user admin, Permissions Read/Write, tekan Generate API key.
2

Salin dua kunci

Salin Consumer key (bermula ck_) dan Consumer secret (bermula cs_). Kunci secret hanya ditunjuk sekali.
3

Tampal dalam dashboard

Dashboard → Kedai → Website (WooCommerce). Isi link kedai (contoh https://kedai.com) dan dua kunci tadi. Produk terus ditarik.
Produk dikemaskini sendiri setiap 6 jam dan setiap kali live bermula. Nak segera? Tekan Kemaskini dari website di menu Produk.

3. Sambung bayaran CHIP

Pembeli bayar dengan FPX atau kad melalui akaun CHIP anda sendiri. Duit masuk terus kepada anda; Lively Yellow tak pegang duit dan tak ambil komisen.

1

Ambil Brand ID dan Secret key

Log masuk dashboard CHIP → Developers. Salin Brand ID (Brands) dan Secret key (Keys).
2

Tampal dalam dashboard

Dashboard → Kedai → Bayaran (CHIP). Kunci disemak dengan CHIP sebelum disimpan, dan disimpan berenkripsi.
Belum ada akaun CHIP? Daftar di chip-in.asia. Kelulusan biasanya beberapa hari bekerja.

4. Kos pos

Dashboard → Kedai → Kos pos. Letak kadar Semenanjung, kadar Sabah/Sarawak/Labuan, dan (pilihan) pos percuma bila belanja melebihi jumlah tertentu. Pembeli nampak kos pos ikut negeri masa checkout.

5. Buat live dan pilih produk

1

Live baru

Dashboard → Live → Live baru. Isi tajuk dan (pilihan) masa mula untuk kiraan detik.
2

Tanda produk

Tab Produk: tanda produk yang nak ditunjuk. Guna kotak carian kalau produk banyak.
3

Harga live dan kuota (pilihan)

Harga live menggantikan harga biasa untuk live ni sahaja. Kuota hadkan berapa unit boleh dijual dalam live, sesuai untuk jualan kilat. Kosong = harga biasa, tiada had.

6. Mula siaran

Cara paling senang: phone

1

Buka studio di phone

Tab Cara live → scan QR dengan phone yang akan merakam (atau buka link studio).
2

Benarkan kamera dan mikrofon

Browser akan tanya kebenaran. Tekan Allow.
3

Tekan Mula siaran

Live terus jadi LIVE dan penonton boleh masuk. Tukar kamera depan/belakang dengan butang di bawah.

Kualiti studio: OBS atau Larix

Tab Cara live tunjuk Server dan Stream key. Dalam OBS: Settings → Stream → Service Custom, tampal Server dan Stream key, kemudian Start Streaming. Dalam app Larix (phone, sesuai untuk 4G), guna link SRT yang diberi.

Rakam dalam bentuk potret (tegak), sama macam TikTok. Pembeli tonton di phone, jadi video tegak paling penuh skrin.

7. Kongsi link

Link live ada dalam tab Cara live (butang salin). Kongsi di:

  • Facebook Live: letak sebagai featured link dalam Live Producer, atau komen dipin.
  • Instagram: link sticker dalam story, dan link dalam bio.
  • TikTok: link dalam bio.
  • WhatsApp: broadcast atau status sebelum dan semasa live.
  • Iklan: terus ke link live.

Link kedai tetap (/s/nama-kedai) sentiasa bawa pembeli ke live yang sedang berjalan, jadi sesuai untuk bio.

Guna link website sendiri

Menu Kedai → Link live ada dua pilihan:

  • Dalam website anda (contoh kedai.com/live): buat page “live” di WordPress, tambah blok Custom HTML dan tampal kod embed. Live keluar penuh skrin di page tu, dan pembeli kembali ke page yang sama lepas bayar. Isi alamat page tu dalam dashboard.
  • Subdomain sendiri (contoh live.kedai.com): isi subdomain, kemudian tambah rekod CNAME ke cname.vercel-dns.com di tempat DNS domain anda (Cloudflare: DNS only). Tekan Semak bila siap.

8. Semasa live

Buka Konsol live di laptop atau phone kedua (sesuai kalau ada pembantu):

  • Pin produk yang sedang ditunjuk. Kad produk terus bertukar pada semua penonton.
  • Mesej dipin di atas chat, contoh kod diskaun.
  • Balas chat sebagai ADMIN, atau guna balasan pantas.
  • Sorok komen yang tak sesuai.

Bila habis, tekan Tamatkan live. Pembeli tak boleh order lagi dari live tu.

9. Order dan pos

Menu Order senaraikan setiap order: pembeli, alamat, barang dan status bayaran. Order yang dibayar terus dihantar ke WooCommerce (status Processing) dengan nota nombor order live. Proses dan pos macam order biasa.

Kalau penghantaran ke WooCommerce gagal (contoh website down), sistem cuba semula secara automatik, dan butang Cuba lagi ada di menu Order.

Masalah biasa

Penonton tak dengar suara

Video sentiasa mula tanpa bunyi (peraturan semua browser). Penonton perlu tekan Tekan untuk bunyi di atas video. Pastikan juga ikon mikrofon di studio tak merah.

Video lambat atau tersekat

Guna Wi-Fi yang stabil atau 4G/5G yang kuat untuk phone yang merakam. Delay biasa bawah 1 saat; kalau rangkaian pembeli menyekat, video akan tukar sendiri ke mod biasa (beberapa saat).

Butang Beli tak boleh ditekan

Bayaran CHIP belum disambung, atau live belum bermula. Semak menu Kedai → Bayaran.

Produk tak keluar

Hanya produk Published di WooCommerce ditarik. Tekan Kemaskini dari website, dan pastikan kunci REST ialah Read/Write.

Masih tersekat? WhatsApp kami di 011-5869 3900.