Notis privasi

Bagaimana Lively Yellow mengumpul dan menggunakan data peribadi, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Dikemaskini 19 November 2026

Data yang kami kumpul

  • Kedai: emel log masuk, nama kedai, maklumat sambungan WooCommerce dan CHIP (disimpan berenkripsi).
  • Pembeli: nama, nombor telefon, emel dan alamat penghantaran yang diisi semasa checkout, serta butiran order.
  • Penonton: nama yang dipilih untuk chat, komen, dan pengecam pelayar untuk mengira penonton dan mengelakkan spam. Tiada akaun diperlukan.
  • Teknikal: alamat IP dan log asas untuk keselamatan dan menyelesaikan masalah.

Untuk apa data digunakan

  • Memproses order dan bayaran, menghantar resit, dan menghantar order ke kedai (contohnya WooCommerce) supaya barang boleh dipos.
  • Menjalankan live, chat dan statistik penonton.
  • Keselamatan, mencegah penipuan dan sokongan pelanggan.

Kami tidak menjual data peribadi dan tidak menggunakannya untuk iklan pihak ketiga.

Siapa yang menerima data

  • Kedai tempat anda membeli menerima butiran order dan alamat anda untuk penghantaran.
  • CHIP memproses bayaran.
  • Penyedia infrastruktur kami (hosting aplikasi, pangkalan data dan pelayan video di Singapura) memproses data bagi pihak kami.

Simpanan

Data order disimpan selagi akaun kedai aktif dan seperti yang diperlukan untuk rekod perakaunan. Video live tidak dirakam oleh Lively Yellow. Kedai boleh memadam akaun di menu Akaun, yang turut memadam kedai, produk, live dan rekod order mereka dalam sistem kami.

Hak anda

Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data peribadi anda. Pembeli juga boleh menghubungi kedai berkenaan untuk data order. Hubungi kami melalui WhatsApp 011-5869 3900.