Terma penggunaan

Terma ini terpakai kepada kedai yang menggunakan Lively Yellow dan kepada pembeli yang menonton atau membeli melalui page live.

Dikemaskini 19 November 2026

1. Tentang perkhidmatan

Lively Yellow dikendalikan oleh Cloudswired Technologies, Johor, Malaysia. Kami menyediakan alat untuk kedai membuat live jualan, memaparkan produk dan menerima bayaran melalui akaun pembayaran kedai sendiri.

2. Untuk kedai

  • Anda bertanggungjawab ke atas produk, harga, stok, penghantaran, pemulangan dan layanan pelanggan untuk setiap jualan.
  • Bayaran pembeli masuk terus ke akaun CHIP anda. Lively Yellow tidak memegang wang dan bukan pihak dalam jual beli antara anda dan pembeli.
  • Anda mesti mematuhi undang-undang Malaysia, termasuk perlindungan pengguna dan iklan. Kandungan live yang menyalahi undang-undang, menipu, lucah atau melanggar hak orang lain dilarang.
  • Kunci WooCommerce dan CHIP yang anda masukkan disimpan berenkripsi dan hanya digunakan untuk menarik produk, menerima bayaran dan menghantar order ke kedai anda.
  • Kami boleh menggantung akaun yang menyalahgunakan perkhidmatan atau membahayakan pembeli.

3. Untuk pembeli

  • Anda membeli terus daripada kedai yang membuat live. Soalan berkaitan produk, penghantaran atau pemulangan hendaklah dirujuk kepada kedai tersebut.
  • Bayaran diproses oleh CHIP. Resit dihantar ke emel yang anda berikan.
  • Komen dalam chat mesti sopan. Kedai boleh menyorok komen dan kami boleh menyekat penyalahgunaan.

4. Beta

Lively Yellow kini dalam fasa beta dan percuma. Ciri boleh berubah. Pakej berbayar akan diumumkan lebih awal kepada pengguna sedia ada sebelum dikenakan.

5. Had tanggungan

Kami berusaha memastikan perkhidmatan stabil, tetapi tidak menjamin ia bebas gangguan. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab ke atas kerugian jualan akibat gangguan rangkaian, platform pihak ketiga (CHIP, WooCommerce, penyedia internet) atau penggunaan yang salah.

6. Hubungi kami

WhatsApp 011-5869 3900. Baca juga notis privasi.